Maaf
Thursday, February 6, 20149:22 PM
Maaf ? Hmm . The meaning of maaf is :
forgiveness , pardon , sorry . Itu ape yang aku dapat daripada google . Ape maksud maaf ni dari fahaman korang ? Okay maaf aku da macam merepek ni . Hehe
Mungkin ade sesetengah pihak yang mempunyai ego yang tinggi mengalahkan gunung everest ni sangat susah nak meluahkan perkataan maaf contohnya aku . Hehe . Okay aku mengaku ego aku memang tinggi tapi ade someone ni tolong aku merendahkan ego tu sedikit demi sedikit . Yela ego tinggi tinggi pun nak kemana je ?
Korang pernah tak rasa perasaan tenang selepas memaafkan seseorang ataupun meminta maaf dari orang ? Tak pernah ? Aku baru je merasa bende ni . Aku sendiri tak tahu kenape perasaan tu datang tiba tiba dan aku sangat terkejut kenape aku tetiba jadi tenang sangat . Aku share bende ni dengan bagong tapi dia gelakkan . Kurang asam jawa betul . Haih . Dia kata pelik bile aku yang mula mintak maaf dulu . Kena siku sia sia je mamat tu . Hmm
So , moral of the story ape salahnya kalau kita yang memulakan untuk meminta maaf . Kalau orang tu tak maafkan takpe la at least kita dah jalankan tanggungjawab kita untuk meminta maaf .
Freedom
Monday, February 3, 20148:09 PM
Finally tamat jugak gelaran aku sebagai pelajar sekolah menengah . Fuhhhh . Bahagia tahap tak ingat okayy . Bende da lama da tapi aku baru nak post . Haihh . Nampak tak yang gua busy . Hehe . Busy ape je kalau setakat tanam anggur kat rumah kan ?
Dah alang alang aku makeover blog ni , ape salah post sekali kan ? Bak kata pepatah sambil menyelam minum air . Ehh ! Betul ke ? Haha . Kalau salah maaf la ye . Akhirnya habis jugak aku menukar blogskin blog ni . Sebenarnye dah buat berape hari yang lepas . Cari blogskin punya pasal tu yang harini baru siap . Sorry kalau tak cantik . Maklumlah citarasa setiap manusia berlainan kan ?
Okay sekarang nak cerita pasal duty aku sepanjang zaman menganggur ni . Tahu tak penting tapi saje je nak post . Duty aku ni boleh la disamakan dengan maid . Basuh baju aku lipat baju aku basuh pinggan aku basuh baju aku and kalau bole semua aku la kan . Family aku yang lain semua kerja . Haih . Berjimba aku sorang sorang kat rumah . Tengok tv kemain bosan lagi . Cerita semua ulang ulang .
Kalau nak keluar pun tak bole . Haih . Mak aku tak kasi . Kenape la nasib ku begini tsk tsk tsk . So aku takde la freedom sangat kan ? Salah tajuk entry tu . Hmm
Selain daripada membuta , makan dan minum sekarang aku tengah amik lesen . Wuuuuu~ boleh drift doe nanti . Hahaha . Dalam mimpi je la kan . Keluar rumah pun susah ini kan pulak nak drift . Mula mula tu aku taknak amik sebab aku takut accident nanti or aku punca jadi orang lain accident . Taknak weyh . Seram ! Akhirnya terpaksa juga aku amik tanpa kerelaan diri ini sob~ sob~ sob~
Jadi itulah kisahnye sepanjang aku duduk di rumah . Sorry kalau bosan . Maklumlah penganggur terhormat ni duduk rumah dan kadang kadang je keluar . So tiada story yang menarik . Bye bye
Dear Love
Monday, August 5, 20134:38 PM
Hellooooo everybody ! Lama betul da aku tak buka blog ni *sapu habuk.
Begini la jadinya biler budak asrama yang dapat balik sebulan sekali je. Huuuuuu~ Sedih hidup !
Harini aku nak post pasal seseorang yang aku sayang sangat sangat *blushing. Sorry if post ni buat kalian meluat >.<
Firstly , aku tak sangka yang aku boleh tersayang dia. . Sudah semestinya . Aku rapat dengan dia lepas aku pindah dari SMTJ . Sedih kan ? Dah pindah baru rapat sob~sob Now aku di SMTM dan dia still di SMTJ.
Dia tempat aku meluah perasaan. Dia yang selalu bagi nasihat selain Ily , Budin , Hanis , Rara , Awie and Jepun. Dia selalu dengar masalah , selalu teman aku , selalu happy kan aku and everything . Makin hari kitaorang makin rapat dari kawan biasa kitaorang jadi TTM . Hehe sweet kan ? Kayyy sila muntah hijau sekarang kalau meluat >.<
Then kadang-kadang tu ade la gaduh jugak . Punca dia dia dia ! Aku baik hehe . No la , ade jugak berpunca dari aku . Mengada kemain lagi aku bile dengan dia . Gaduh tak lama sebab dia pandai pujuk . Melting kita awwwww~ *kipas muka. Dia selalu pujuk kalau aku merajuk tapi bila dia ? Hmm aku buat don't know je la haha. Kejam ? Well , dah cegini cara aku nak buat macam mana kan ? Nasib baik dia tetap sabar dengan aku. Dia selalu suruh kawan kawan aku ajar aku cara pujuk orang. Aku ? Tak kuasa 'beta' nak layan. Bila aku da ready aku belajar kayy ?
Itulah kisahnya . Dari Musuh menjadi kawan and dari kawan menjadi yang tersayang . Hopefully relationship ni berpanjangan and hopefully dia la yang boleh membimbing aku nanti selain ayah aku. Ya Allah kau lindungi la aku dari pekara-pekara yang tak elok. Aminnn~
-THE END-
Kawan and Musuh
Saturday, November 3, 20124:14 PM
Hello guys ! Hari ni aku nak cerita pasal seorang classmates aku ni nama dia Hilman Afiq. Dia ni kadang-kadang boleh jadi tersangat la baik and kadang-kadang boleh jadi tersangatlah EVIL !!
Aku nyirap jugak ar biler dia jadi evil. Rasa macam nak tampar muka dia laju-laju , mulut dia pergh bukan main pedas lagi biler berkata-kata. Sebab tu boleh dikatakan hampir setiap hari aku berperang dengan dia kat sekolah , tak percaya tanyalah classmates aku yang lain >.<
Aku suka biler dia jadi seorang yang baik. Biler dia baik fuyoo orang pun macam tak percaya dia ni mulut macam longkang. Macam haritu mase kelas Lukisan Kejuruteraan dia tolong aku buat Autocad , baikkan dia ? hahaha. Tapi dalam mase tengah buat tu ade jugak berperang dengan dia. Yela , semua dia yang buat , sepatutnye ajar la aku sekali , baru la aku tahu buat. Dah malas nak bergaduh aku diam je lepas tu.
Ade satu kali tu aku da geram sangat aku sound dia terus je. Aku diam and tak bercakap langsung dengan dia. Dia tahu aku marah pastu dia tanya aku okayy or tak ? Hurm , dulu aku memang sentap giler kalau bergaduh dengan dia tapi sekarang aku malas nak amik kesah sangat ape-ape pun aku tetap sayang dia as my friends :)
Baru-baru ni dia cakap dia nak pindah :'( Sedih la pulak kan ? hahaha. Mesti aku rindu dia nanti , dah takde kawan nak bergaduh. Ape-ape pun aku harap dia akan okayy dengan tempat baru next year. Take care kawan :) Jangan lupa aku tau ^^
High-Table
Thursday, July 26, 20125:10 PM
Hello guys !! (kelip-kelip mata) Long time no see la , maafkan penunggu gua disini kerana sudah lama tak meng-update blog ni. Almaklumlah tengah minggu peperiksaan , nak-nak aku ni pulak stay hostel. Mana la ade banyak masa nak on-off komputer ni.
Now , aku nak story about hightable a.k.a makan beradap yang diadakan di sekolah aku (cuma untuk pelajar yg tinggal di hostel) . Masa-masa ni la kitaorang dapat bergaya sakan . Nak tengok gambar ? Sebentar ......
Smartkan , hahaha. Tema dia retro , tak tahu nak pakai baju ape tu la yang mampu aku pakai. Aku nampak lain sikit because aku tak pakai cermin mata. Kawan-kawan aku kata tak payah pakai so aku pon tak pakai. Tak pasal-pasal aku dah macam orang buta kat dewan makan tu tak nampak orang. Thanx 4 reading blog sengal ni =)
Everlasting Friendship
Tuesday, May 29, 201212:35 AM
Seriousnye muka.... *Seram*
Yang pakai baju putih ni nama dia Muhd Hilmi. Dia ni kawan aku at tuisyen and merangkap kawan aku sekarang. Dia ni baik giler , sebab ape aku cakap dia baik ? Sebabnye hari tu masa aku pegi hoki tu dia tolong aku belikan KFC , kenyang giler aku hari tu sebab makan KFC. Masa mula-mula masuk tuisyen aku selalu gaduh dengan dia. Ade ke patut dia and kawan dia panggil aku " budak sombong " *kurang asam punya budak*. Haish , menyirap je aku dengan dia masa tu. Langsung aku tak pandang dia pun lepas tu. Dalam gaduh-gaduh tu rupa-rupanye dia ni anak kawan ayah aku. Seriously , aku macam tak percaya je dia ni kenal ayah aku and aku pernah jumpa dia masa aku sekolah rendah dulu. Daripada musuh , akhirnye jadi kawan. Aku tak ingat macam mana aku boleh baik dengan dia. Paling best , tahun lepas dia pergi terengganu and dia de belikan aku patung penyu *comel* Nanti kalau dapat hangout , aku kena belanja dia tiket wayang sebab banyak bende dia dah tolong aku ^_^

Amboi ! Bukan main senyum lagi *model iklan gigi*
Ni lagi sorang , Nama budak dekat atas ni pulak Muhd Hafizuddin Bin Saiful Azam. Siapa dia ni ?? Erm ... Erm ... Erm , Buah hati aku la , hahaha. Cet ! Tegak macam pembaris la korang , dan-dan je percaya *tuan punye gambar jangan mengada-gada nak senyum2*. Dia ni kawan tuisyen and merangkap kawan aku sekarang ni. Dia ni pun macam si hilmi jugak. Masa aku first kenal selalu gaduh je , dia ni join the club si hilmi panggil aku budak sombong. Kalau korang , korang pun sakit hati kan ? Begitu jugak dengan aku. Mamat ni boleh la dikategorikan sebagai kembar si hilmi sebab kat mana ade hilmi kat situ la ade dia. Agaknya kalau dating dengan "Makwe" pun si hilmi ni ade. Ish2 *geleng kepala*
Dorang berdua ni sekolah at Sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah. Untunglah dapat sama sekolah. Kalau tak aku pun join dorang masuk sekolah tu amik jurusan Elektrik Elektronik tapi aku yang degil nak masuk teknik jasin jugak. Now , tanggung la padahnye *senyum tayang gigi* Kalau aku mengadu something yang buruk pasal Teknik Jasin dia mesti akan cakap " tu la kau aku dah suruh masuk sekolah aku kau tak nak" Okayy fine macam nenek2 dia membebelkan aku. Puas dah dorang berdua ni pujuk masuk sekolah tu tapi aku still tak nak. Yela , sekarang ni dah bulan lima , kat Teknik aku ambik Mekanikal , takkan dekat Voka aku nak ambik Elektrik Elektronik lak ? Susah la nak kena study balik. Haish , sedih tak dapat nak satu sekolah dengan dorang. Menyesal weyh = ( Boleh tak kalau nak putarkan masa balik ?? *wink
p/s : Story ni tak ade ape2 maksud pun , aku just nak story pasal 2orang kawan aku kat atas ni. Sorry pada hilmi and apiz because aku dah curi gambar dorang , hehehe. Sorry Bro !! >.<
Pasukan Sorak
Friday, May 25, 20126:00 PM
Holla guys.....Long time no see la. Almaklumlah orang busy byk kerja.
Huarrrgghhh...memang tension giler because minggu lepas tak balik sebab
aku masuk kumpulan sorak untuk Japan Asia Junior Cup Hockey (klu x silap aku la)
Seriously , player Japan tersangatlah ramah. Aku suka giler , diorang semua baik n suka senyum. Rase macam x nk balik je masa tu. Yang paling comel antara diorang ialah kunasagi . murata n sasaki. Banyak giler pic yg kitaorang amik untuk buat kenangan..mwehehe
Paling seronok biler aku dapat tuala salah seorang player tu...aku lupa la pulak sape name dorang. De jugak budak sekolah yang lain dapat. Dorang semua x basuh tuala tu..uuwweekkkss !! geli dho. Aku balik daripada game tu terus pergi basuh tuala tu sebab aku geli. After basuh bau dia wangi giler , mwehehe. Bau soflan warna pink.
Kawan kelas aku si Emir tu dah macam takut2kan aku. Dia kata "kau tahu tak player tu gune untuk lap ape tuala tu ??" Aku cakap lantak ar aku dah basuh bukannye de pe2 lagi pon. Dia macam biase la dengan perangai Annoying dia tu , dye still cakap bende sama. Nasib baik la kau kawan aku Emir Rizal kalau x dah lame kena cepuk dengan aku. Haish "=.="
Mase sorak ni kitaorang rasa bebas giler , dapat release tension. Duduk asrama rasa macam tak nak balik je. Hurm , pe2 pon tahniah la pada sekolah Iskandar shah n voka melaka tengah sebab menang sorak terbaik.
Me =)
With Aino and ben
With Jurulatih Pasukan Korea & Jepun
Ni la Ijal , tengok cara dah tahu dia ni gila2 , errrrr "=.="
with Ily
Murata jersey no.13 < 3
With Sasaki jersey no.18 < 3 (yang pakai tuala pink hitam)
Sweet Memories with Japan Hockey Player : )
Unstable
Monday, January 16, 201211:22 PM
Hello-hello bro and sis at luar sana !!! Ape kalian sedang buat?? Adakah tengah TENSION buat Homework seperti saya??
Aku tengah bosan tahap maximum ni coz buat soalan math still tak dapat jawapan lagi , kejap lagi aku nak sambung balik buat homework tapi sebelum tu Nak rehatkan minda jap dengan meluahkan perasaan dekat BLOG :(
Hurm lepas berbual dengan kawan aku , entah kenape perasaan bersalah pada SI DIA semakin bertambah-tambah. Boleh tak sape-sape tolong selesaikan ??
Aku rase soalan math pun tak sesusah ni nak selesaikan. Ya , Aku akui SI DIA tu memang seorang yang baik , suke tersenyum and one more thing dia ni boleh dikatakan caring la jugak. Hehehe <Suka la tu orang puji dia> mesti tersenyum masa baca statement ni kan???
Kalau korang tengok muka dia , mesti korang ingat dia ni pelancong JEPUN. Heyy , Now stop puji dia okayy , ni la jadinye biler menaip post masa kepala tengah berserabut. Harap di maafkan yup :)
Niat aku tulis post yang dulu tu , adalah untuk meluahkan ape yang aku tengah rasa. Aku tak de niat pun nak malukan DIA. Aku tulis at blog pun sebab aku malu nak luahkan pe yang aku rasa pada orang yang terdekat dengan aku and aku tak nak beban kan dorang dengan problem aku. So , please don't misunderstanding me.
Now , i really2 feel guilty to you , and the weird is i don't know why i have to feel this. I really2 need someone to help me , listen to my heart expression , give a stimulus to me and help to calm me. I badly need someone who can do that for me
-----> Hari ini tak ade nasihat sebab aku sekarang ni pun tengah perlukan nasihat seseorang :) Enjoyyy Your Reading guys wink~
Sayonara
4:54 PM
Yo ! Wazup-wazup you all , hehehe. Sorry ye hari terlebih vitamin lak sebab tu excited semacam. Korang mesti pelik kan baca title post aku ni ? Tak pelik? Tak pe la abaikan je title post aku tu. Sekarang aku nak story tentang ape yang terjadi pada aku hari ini , wink ~
Dengan bangganye aku nak cakap hari ni aku tak pergi sekolah , hehehe. Ni bukan ponteng ye , saya cuti beralasan. Alasan aku tak datang sekolah hari ni sebab aku pegi Sekolah Menengah Teknik Jasin. Yang orang melaka mesti tahu sekolah ni kat mane kan? , luar melaka aku tak tahu la korang tahu or tak.
Aku pegi sekolah tu sebab nak mohon sekolah situ , ye la dah sekolah teknik lagi satu tu tak sudi nak terima aku at sekolah tu so aku pun bawak la diri aku mohon sekolah lain lak.
Yang paling happy , aku dapat jumpa kawan baik aku si Munirah Karim a.k.a Kucing kurap hahaha.
Comel Kan ????
Korang jangan fikir dia de kurap lak , aku panggil camtu sebab ade story pasal Mun si kucing kurap dalam buku sekolah kitaorang , hehehe.
Dia la menghasut aku mohon masuk sekolah tu. Punya la aku menangis bagai nak rak masa jumaat lepas sebab dia nak pindah. Last2 aku pon join the club nak mohon situ. Harap2 dapat la kan , result aku bole dikatakan ikut syarat yg dia tetapkan cuma Math aku tu la sengal sikit dapat C lak. Harap sangat2 pengetua sekolah tu lembut hati nak pilih aku masuk sekolah tu. AMIN :)
Macam-macam kitaorang cerita tadi , macam tak jumpa setahun padahal baru dua hari jek x jumpa. Dia stay asrama so , nanti dia la kena calling2 aku, aku nak call dia x boleh , haish~
Don't forget that okayyy ^_^
Hanya mampu berdoa supaya aku dapat masuk sekolah tu. Dapat la lepak macam dulu-dulu balik. Inilah cerita yang berkaitan dengan title post aku tu , walaupun pelik tapi ADE AKU KESAH ?? Hehehe.
I got to go , bye-bye and once again ASSALAMUALAIKUM <tak jawab dosa , kalau jawab sayang>
Kenangan Kami Tahun Lepas ^_^
p/s : Munirah karim jangan nakal2 masa aku x de , aku nak kau hampar karpet merah kalau aku dapat masuk sana nanti ok , hehehe. Semoga Persahabatan Kekal Selamanye :)
Tingkatan 4
Friday, January 6, 20129:44 PM
wohooo~ hello-hello peeps :) !!! Macam mana dengan hari2 korang happy or sedih?? Klu happy tu bagus and kalau yg sedih lak , pandai2 la g happy kan diri anda , chill ok !!
Sekarang aku nak ceritakan kisah aku di sekolah. Almaklumlah budak baru masuk form 4 >.<
Ok ! Hari first tu , aku n bdk2 lain diberi taklimat untuk pilih aliran pe nanti , kalau at sekolah lain mesti byk aliran kan? Tapi sekolah aku cuma de 3aliran je iaitu SAINS , AKAUN dan SYARIAH. Mula2 tu aku memang berhasrat nak amik kelas syariah but tak tahu kenape hati aku macam terpanggil nak amik kelas akaun.
Ramai yang kata kelas akaun susah <memang susah pun> yela , dengan de subjek add math , mode math n prinsip akaun. ayoyoyo pening kepala ana. Tapi aku amik ni sebgai satu cabaran buat aku , ni bukan kes brlagak pandai ok , ape salahnye kalau kita cuba.
Nasib baik nama aku memang dah tersenarai dalam kelas AKAUN , syukur alhamdulillah !!!
wehehehe~ kita belajar akaun beb , cam x percaya jek.
Dalam happy2 tu aq de bengang la dengan sorang budak kelas sains ni , de ke patut dye ckp at kwn aq " buat pe ko nak msuk klas syariah? kelas ni x de masa depan la" aku geram giler. Yela , pe hak dia nak cakap mcm tu tahu la dye dpt msuk kelas SAINS tapi janganlah trlalu bangga and memperlekehkan kelas lain. Kau jgn pikir orang lain mcm patung yg x de prasaan , so be careful bila menuturkan sesuatu pekara , ok sayang??
p/s : Manusia ni seperti roda , kdang2 ia diatas dan kdang2 ia di bawah , so kita kenalah beringat2 sbelum
kena yup and one more thing jangan nak terlalu bangga dengan kejayaan yg belum pasti mnjadi milik
kita selamanya
Kawan
Wednesday, December 21, 20112:44 AM
Hello-hello , sebelum aku nak mulakan story aku ni , aku nak gebang jap , tentang perasaan aku masa menulis post ni , eh! jap , silap-silap , perasaan masa menaip post ni harap maaf salah taip lak Ok ! Perasaan aku skarang ni memang tengah risau and bercelaru sangat because RESULT PMR KELUAR ESOK BEB !! Risau giler sekarang ni da tengah tahu risau sempat online kan? Entah pe la aku dapat nanti kan? Aku hanya mampu berdoa dan bertawakal je pada ALLAH aku da cuba sedaya upaya dan moga-moga result aku excellent dan dapat mengembirakan family and diri aku sendiri :)
Sekarang tutup cerita pasal bende tu dulu , hehe. Tajuk post aku kawan , semua orang dalam dunia ni ada kawan , termasuk la diri hamba yang sedang bermuram durja ni cewaaahh , kerabat sangat la kan nak guna ayat ala2 istana ni. Bila da berkawan tak semesti semuanya indahkan mesti la kadang2 tu ribut taufan , petir dan guruh segala bagai datang melanda. Cecita sikit sape yg x pernah bergaduh dgn kawan dye bgitahu aku spe org tu , nak mintak petua sikit kekeke. Hurm , aku selalu rasa dipinggirkan bila dengan kawan-kawan aku tak semua la , sesetengah jek Aku x tahu kenapa perasaan ni muncul , musykil jugak. Kadang-kadang tu aku cuba buat sehabis baik untuk sorang kawan aku ni. Aku selalu rasa kecik hati dengan dia walaupun aku tahu aku x sepatutnye + x baik kecik hati dengan dia Aku sedih jugak bila pikir pasal bende ni. Aku x penting ke di mata dorang atau aku ni skema sangat or terlebih manja and x sesuai dengan diri korang.Aku perlukan jawapan dari dorang tapi aku takut nak tanya sengal kan? nak jawapan tapi tak tanya soalan Aku kadang2 terpaksa menjadi seorang yang hikpokrit. Depan dorang selalu aku selalu cuba untuk tersenyum sehabis mungkin tapi dalam hati cuma ALLAH je la yang tahu perasaan aku masa tu. Kawan2 aku kbanyakannye de kawan yg dorang da kenal dari sekolah rendah lagi . Aku ni entah macam mana boleh tersesat dekat sekolah situ agaknya , hehe :'(
Nak ungkit hal ni kat dorang , pe dorang kata lak nanti. Risau kalau2 dorang lagi jauhkan diri dari aku. Aku x nak macam tu. So , aku pendam je la sorang2 , nak cite at akaq aku , dia tu susah cikit . Mak aku lak , aku x nak bebankan mak aku yg sudah sedia busy. Hanya dekat blog yang x berapa nak cantik aku ni la selalu aku luahkan. Nak cite at kawan lelaki aku , dia x sama sekolah ngan aku , mngkin dia x kan faham. De someone yang aku anggap kwan karib aku , lngsung x anggap aku mcm tu
pon , sedih aty gua beb biler baca statement dia at fb. Aku sedar , aku x de hak nak paksa orang suka berkawan dengan aku. Aku ni x de la baik sangat kan. Tahun depan aku buat keputusan untuk pindah dari sekolah tu. Masalah utama aku haruslah sebab subjek b.arab. Nsib baik mse sebelum exam de sorang ustazah ni murah hati nak ajar aku last minute. Mungkin dengan pemergian aku nanti dapat menggembirakan aty orang yang sudah sedia maklum membenci aku.
Ok ! setakat sini jek untuk hari ni , tak boleh nak sambung cerita la , air mata da menitis la weyh , aku sensitif sikit biler story pasal kawan ni. Kepada kawan2 aku yg lain , aku mintak maaf kalau aku ade buat salah , terguris hati korang. Mintak maaf ye , aku x brmaksud nak buat camtu.
p/s : Kali ni x de pe untuk di pesan
Baju dipertikaikan
Friday, December 2, 201110:28 PM
Hello kalian , hehehe , da berapa hari tak menjeguk blog ni . Korang dah tengok cerita OMBAK RINDU?? belum? Haiii~ memang rugi la kalau belum. Cerita tu memang tersangat la best , romantik abis la. Bayangkan aku yang dulunya paling benci jiwang-jiwang ni tiba-tiba boleh tertarik nak tonton cerita ni. Ok sekarang ni bukan tu masalahnye , masalahnya adalah SALAH KE PAKAI BAJU KURUNG PERGI TENGOK WAYANG?? sebab semalam aku pergi tengok wayang and then de sekumpulan budak perempuan + lelaki ni pandang aku atas bawah pas tu dia gelakkan , aku pun pelik la. After that Aku pun diam je la , takkan aku nak tanya dia , kenapa dia gelakkan aku? Aku pun bla ar dari situ , sakit aty tengok dorang gelakkan aku. Entah macam mana la kan masa nak beli popcorn empat orang dari kumpulan dorang tu beratur at kaunter sebelah aku , aku buat bodoh je la , malas nak pandang lagi. Tiba-tiba aku dengar la kan salah seorang dari diorang kata "wei ! ko tengok minah sebelah ni , de ke pakai baju kurung g tgk wayang" lepas aku dgr tu , terus aku pandang at dorang and dorang terus pandang tempat lain. Kalau tempat tu x crowded dengan orang , sah-sah aku dah cakap " sekurang-kurangnya , aku masih tutup aurat. Tak macam kau yang terdedah sana sini macam orang tak cukup kain :p. Nak buat pendedahan cikit , minah-minah tu datang dengan pakai skirt + singlet jek. Hot gitu lorh ! Boleh x aku cakap camni? ~peace~

Tengok ! Cikit punye cun baju aku , siap bunga2 lagi. Tu pun dorang gelakkan ~
p/s : pakai lah pakaian yang menutup aurat ! Don't forget that , kbye ^_^
Apa masalah kau ??
Friday, November 25, 201110:05 PM
Today , aku bosan gila asyik mengadap FB je , so skrang nak share cerita at blog la plak.
Aku nak cerita about de sorang budak ni , aku x tahu ape problem dia dengan aku. Semalam aku tengah syok2 on9, tiba-tiba dia tegur at IM chat , dia tanya "what ur problem with ******" aku pun , eh apehal mamat ni tiba-tiba jek, dengan salam x bagi , menyirap darah aku masa tu . Bile aku tnye "knape?" dye kata :entah" pulak , cam sengal kan? , da tanya lepas tu tak tahu plak . aku da la tengah geram dengan someone , abis dia pulak tegur macam nak cari pasal. Hal aku dengan budak tu biar je la aku yang uruskan yang dia menyibuk kenapa? dari dulu lagi x abis-abis dengan sikap dia yang satu ni , kalau tegur aku at IM je mesti pasal budak tu , aku pon boleh gila ar kalau lama-lama macam ni , hal dia aku x pernah campur pun , hal aku kenapa dia nak campur ? Sebab kau berdua aku hampir bergaduh ngan kawan aku tahu. STOP DISTURB MY LIFE !!!! ok? klu kau faham bagus la and once again
p/s: Jaga hal sendiri jangan nak menyibuk hal orang *smile always*
Trip to Singapore !
Monday, November 21, 20118:21 PM
FIRST DAY (Sabtu)
Hello-hello semua ! ape khabar? lame x berjumpa . . Now nak cerita about trip aku pergi singapore minggu lepas . . disebabkan busy sangat , so baru skrang aku de mase nak story at sini . . mase first2 smpai at kastam singapore tu . . aku takut giler weyh . . kot2 aku x sengaje terbawak bende yg x boleh dibawak ke . . mengelabah aku seyh . . tgh takut2 tu tibe2 ternampak de sorang pegawai singapore , HENSEM siot !!! Nasib baik x tergugat iman aku . . hehehe . . Tengah kusyuk tgk dye , tbe2 dye pandang at aku n then dye senyum . . aku pon x thu nak wat pe terus ar senyum at dye balik . . senyuman abg 2 ya allah pnye la sweet . . cair aku seyh . . After lepas imigresan 2 . . aku straight gerak g umah maklong aku . .
Malam lak aku g Mustafa shopping centre . . Fuhh ~ brang dye memang cantik2 + murah2 . . yang pling menarik minat aku ialah kamera nikon SG$335 dollar . . menyesal aku x bawak duit banyak2 mase 2 . . x dpt nikon aku borong ar coklat at situ almaklumlah aku ni kan pengemar coklat . . Lepas blik dri situ tbe2 akaq sepupu aku lak ajak lepak2 at kdai makan jap . . aku pon pe agy cepat je ar capai tudung . . dripde bosan ddk umah baik aku ikot dye . . best weyh naik bas singapore malam2 . . aman tenteram jek . . bahagia doe . . Biler da smpai kedai tu ramai plak yg memandang . . almaklum la mse 2 aku just pkai simple2 jek . . x mcm gaya org singapore pon maybe sbb 2 dorang pndang . . biler perut da kenyang , aty pon senang aku pon melangkah balik ke umah . . jalan kaki weyh . . smpai umah straight landing atas katil and ZzZZzZ ~
SECOND DAY (Ahad)
Pagi2 buta aku da bangun coz . . nak solat la nak wat pe lagi kan . . After that dalam pkul 8 or 8 stengah kot aku keluar nak g sarapan at de satu tempat ni . . aku lupe la tpi tempat dye berdekatan dengan Geylang Road. Lepas da kenyang . . jalan2 ar ckit nak bagi makanan tu turun . . mak n akaq aku semua memborong cam x ingat dunia . . aku just relax je jalan2 makan angin sbb aku x minat nak cari2 bju ni smua . . tgh jalan2 tibe2 nampak kedai buku .. aku pon pe agi dengan x tengok kiri kanan straight jalan je masuk dlm kdai bku 2 . . as usual tempat yg aku akan pegi bile smpai kdai buku ialah NOVEL . . hehehe . . Nak2 mse tu aku mmg giler2 tgh cari novel OMBAK RINDU . . at melake aku da cari tpi x jmpe . . dengan telitinye aku cari akhirnye jumpe jgk . . aku terus capai novel 2 and terus bayar . .
SG$14 melayang untuk novel ni . . :)
Tengahari smpai petang tu aku abiskan mase dengan lepak at umah sambil bace novel baru . . gaya cam aku lak tuan rumah kan . . hehehe . . Tengah kusyuk bace tibe2 abg sepupu aku ajak g satu tempat . . aku pun ikot je la . . yela aku da lame x jumpa dye so ape salah kluar dgn dye skali-skale kan? . . Ingat kan dye nk ajak aku g mne la tdi . . rpe2nye g playground yg baru bukak at area situ . . tempat dye BESAR GILER weyh !!! da la tepi laut . . mmg best giler ar . . tengah syok2 nikmati permandangan tibe2 abg sepupu aku paksa aku panjat de satu mainan ni . . dye cam sarang labah2 byk lubang . . punye seksa aku memanjat bnde 2 . . dye bole gelak je tgk aku at bawah . . kurang asam jawa betul ! da la ske2 aty pakse org pastu gelakkan pulak . . lagi bengang biler aku da smpai atas tibe2 hujan . . aku pon pe lgi kelam kabut ar nak turun . . abg sepupu aku leh lak dgn rela hati nak sambut aku at bawah . . awal2 aku da geleng kepale . . dye kate lagi " cepat la lompat . da basah ni . org bknnye nak wat pe2 pon" . Aku wat x tahu je pe dye cakap . . dgn pelahan2 aku turun . . klu turun cpat2 pastu tergolek x ke susah . . x pasal2 aku wat acara raja lawak plak at situ . . Abg sepupu aku membebel je dlm kereta . . mane x nye dye dua2 da basah kuyup . . hahaha. =P . Sampai umah maklong aku geleng kepale je tgk aku nan dye yg da basah . . Abg sepupu aku mengamuk abis weyh . . dye menonong je masuk bilik air . . x tegur aku pon . .
Malam lak aku g ESPLANADE sje nak lepak2 dgn akaq sepupu . . dye bawak ar tengok singapore waktu malam terang benderang . . and de 1 hotel ni unik gler de kapal atas hotel uh . . dye brsmbung dgn bangunan lain . . Penat weyh jalan2 at sini . . tambah plak sebelum 2 kena naik dri 1 MRT ke MRT . . fuhhh ~ semput . . Lepas da penat jalan2 . . aku pon gerak blik . . tpi sbelum smpai rumah aku singgah 1 kedai jap . . sebab de something yg menarik minat aku . . CHOCOLATE CABURY . . hehehe . . Aku beli satu jek sbb nak gune coklat ni nak pujuk abg sepupu aku yg merajuk 2 . . Nasib baik dye amik coklat tu . . klu x rase bersalah siot pade dye . . sebab kan terlalu penat . . aku pon terus cari katil nak tido after bgi coklat tu . .
THIRD DAY(ISNIN)
Pagi tu lepas solat terus aku kemas barang2 aku coz aku da nak balik melaka . . HUUUU~ T_T sedih da nak balik . . Ingat nak stay sane smpai result kluar tpi tibe2 mak aku de hal lak . . so nak wat cmne . . say GOODBYE TO SINGAPORE . . Hope boleh dtg lagi . . :)
p/s : Habiskanlah cuti sekolah anda dengan bende yang berfaedah . . smile always :)
Suka kawan dengan dia
Sunday, November 6, 20119:58 PM

Hello2 semua ! salam sejahtera diucapkan . Hari ni aku nak cerita pada korang tentang dua orang kawan aku ni . . aku suke giler kawan dengan dorang. Yang pertama nama dia IFFAH SYAZIRAH dia ni dulu budak sekolah al-asyraf , tahun ni baru dia pindah dekat sekolah aku . . Awal tahun dulu aku nan dia kawan baik je la . . x de la berkepit macam sekarang ni . . sekarang ni . . kat mane dia ade at situ jugak la aku ade . . dia ni lemah-lembut , caring n lain2 la pekara yang baik . . if aku de problem dia n lagi sorang kawan aku selalu ade . . aku sayang dia sangat2 . .
ni la iffah syazirah ! comel x? comel kan . . ^_^
Ok ! now aku nak cerita about my second friend lak . . name dia NADZIRAH BALQIS. Dulu aku paling anti dekat dia . . sebab dia ni pengawas at sekolah . . aku cam biase ar memang anti pengawas a.k.a mawas ni. Dalam sekolah pengawas la musuh aku (sesetengah je la) . Jujur aku cakap , aku memang tak suke dia . . dia ni agak skema sikit dulu buat bising je mesti dia da tegur . . kadang-kadang tu de la jugak aku berperang mulut sikit dengan dia. Tapi entah macam mana sekarang ni aku kawan BAIK gile dengan dia . . aku atau dia ade problem jek mesti cari antara satu sama lain. Lepak pun sekarang da same-same cuma waktu rehat je aku x rehat nan dia sebab aku rehat dengan budak comel yang dekat atas tu. Aku start rapat dengan dia mase trial exam pmr . . kitaorang berkongsi cerita about "SOMEONE" ni . . mase exam kebetulan lak dia duduk at belakang aku . . maybe dari situ la kitaorang makin rapat . . dia ni kalau buat math memang pandai ar . . aku baru jawab berape soalan je . . dia da abiz jawab (jeles dengan bdk pandai math) dia ni boleh tahan cun la . . muke putih kemerah-merahan gitu lorh ..

Cik nadzirah balqis . . ! Cantikkan . . ?
Itu la serba sedikit tentang persahabatan aku dari x kenal terus jadi kawan baik . . Dari benci terus jadi sayang . . huhuhu . . Hope persahabatan aku berkekalan hingga ke akhir hayat -AMIN-
Iffah Syazirah & Nadzirah Balqis . . Aku sayang korunk sangat-sangat ♥ ♥
Yahoooo !!! MERDEKA . . ^_^
Wednesday, October 12, 201111:23 PM
Assalamualaikum . . ^_^
yahooooo . . akhirnye tamat sudah exam pmr . . syukur alhamdulilah aku dapat gak jawab paper 2 dengan
tenang . . huhuhu
Bertapa bahagianye hati aku sekarang ni . . berbunga-bunga tahu tak (orang bercinta pun kalah tau) hahaha . .
Yang paling best mase hari pertama exam . . wartawan surat khabar metro nan sinar pon ade sekali . . Kawan-kawan aku pon pe lagi mula la dengan murah hatinye bagi senyuman at wartawan 2 . . siap buat iklan gigi Darlie lagi tau . . Adoi ai sakit perut aku mase tu . . terus hilang semua rase takot aku mase ambik exam . . Ketua pengawas yang jage kitaorang tu pon tersenyum jek tengok perangai kitaorang. Aku baru tahu bertapa specialnye orang yang ambik exam ni . . bayangkanlah pensil jatoh pngawas amikkn , pensil patah dye tolong asahkan , ade semut dye tolong spraykan n pegi toilet pon de bodyguard . . hehehe . . bangge betol . tpi . . diorang buat camni macam lah kitaorg nak meniru sangat . . lain la kalau budak2 lain (peace) . . Hurm . . aku dapat merdeka sekejap je coz minggu depan de exam diniah pulak (almaklumlah budak skola arab la katekan) adoi ai banyak giler nak kena hafal . . T_T
. ape-ape pon wish me luck k . . ^_^
kbye . . <3
p/s: happy alwayz . . ^_*
Perempuan Cantik VS Perempuan Tak Cantik . .
Monday, September 19, 20116:38 PM
ASSALAMUALAIKUM . . ^_^
Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...
Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!
Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...
Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...
Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...
Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...
Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!caengeng tol..ngade2 la...
Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...
Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol.
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!
Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!
betul ke sume lelaki cam2???
ye kot....no coment . . (peace)